CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan perasaan yang hadir dalam diri mereka seperti emosi sedih, gembira, seronok, dan sebagainya. Kanak-kanak perlu diajar mengawal dan meneroka emosi sendiri. Hal ini, kerana melalui pengawalan emosi diri memudahkan kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara. Kegagalan mengawal emosi diri boleh menyebabkan kadang sukar menumpukan perhatian mereka apabila belajar di sekolah.


Guru boleh menjalankan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk meneroka dan mengawal emosi sendiri. Guru boleh memberi tunjuk ajar untuk mengawal emosi diri dengan meluahkan perasaan mereka sendiri. Contohnya melalui program bercerita kanak-kanak boleh meneroka emosi dalam cerita tersebut. Apabila bercerita kanak-kanak boleh membuat mimik muka, menggunakan intonasi suara yang sesuai, gaya dan gerakan juga dapat memberikan mereka peluang untuk meneroka emosi yang ada dalam cerita tersebut. Peluang ini membolehkan mereka berasa seronok dengan cerita yang disampaikan dan dapat mempelajari teladan yang terdapat dalam cerita tersebut. Mereka boleh mengaplikaskan cerita tersebut dalam kehidupan sendiri secara tidak langsung membantu kanak-kanak mengawal tingkah laku negatif dan dapat menbentuk tingkah laku yang positif. Emosi yang

0 comments: