CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 21, 2009

Belajar sambil bermain




Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira (Rohani Abdullah 2003). Program pendidikan memberi pendedahan kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai murni secara praktikal dan tidak formal dalam suasana yang menyeronakkan (Dr Shukor Abdullah:1998) dan belajar melalui bermain teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.



Seperti yang kita ketahui kanak-kanak tidak dapat lari daripada bermain. Jika kita perhatikan adik, anak buah, dan sebaginya yang bernama kanak-kanak mesti suka bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat meneroka, mempelajari sesuatu, memahami sesuatu perkara dan boleh meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif, fizikal, rohani dan sebagainya.



Dengan belajar melalui bermain kanak-kanak akan aktif dan memperoleh keseronokan dan mudah untuk mempelajari sesuatu secara tidak lansung. Secara tidak sedar kanak-kanak memperolehi sesuatu dan mempelajari sesuatu melalui aktiviti yang dilaksanakan. contohnya bermain dengan tanah liat dengan membentuk model yang diimaginasi oleh kanak-kanak. Jika kanak-kanak bermain tanah liat mereka dapat mengasah motor halus untuk memudahkan menulis, menggalakkan mereka berkomunikasi apabila dijalankan secara berkumpulan tetapi secara individu. seterusnya dapat menggalakan berimaginasi untuk membuat model yang disukai. Jelaslah kanak-kanak dapat memperolehi sesuatu pelajaran hanya dengan aktiviti yang dilaksanakan. Naluri kanak-kanak mendekatkan diri mereka untuk bermain dengan ini aktivti dilaksanakan dapat membantu kanak-kanak memperoleh atau mempelajari sesuatu.

Monday, January 19, 2009

Mari Mengenal huruf a- e



a b c d e



a- ayam



b- bola





c- cawan





d- duit





e- epal





















PERMAINAN ABC

Saturday, January 17, 2009

Perkembangan Emosi Kanak-Kanak

Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan perasaan yang hadir dalam diri mereka seperti emosi sedih, gembira, seronok, dan sebagainya. Kanak-kanak perlu diajar mengawal dan meneroka emosi sendiri. Hal ini, kerana melalui pengawalan emosi diri memudahkan kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara. Kegagalan mengawal emosi diri boleh menyebabkan kadang sukar menumpukan perhatian mereka apabila belajar di sekolah.


Guru boleh menjalankan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk meneroka dan mengawal emosi sendiri. Guru boleh memberi tunjuk ajar untuk mengawal emosi diri dengan meluahkan perasaan mereka sendiri. Contohnya melalui program bercerita kanak-kanak boleh meneroka emosi dalam cerita tersebut. Apabila bercerita kanak-kanak boleh membuat mimik muka, menggunakan intonasi suara yang sesuai, gaya dan gerakan juga dapat memberikan mereka peluang untuk meneroka emosi yang ada dalam cerita tersebut. Peluang ini membolehkan mereka berasa seronok dengan cerita yang disampaikan dan dapat mempelajari teladan yang terdapat dalam cerita tersebut. Mereka boleh mengaplikaskan cerita tersebut dalam kehidupan sendiri secara tidak langsung membantu kanak-kanak mengawal tingkah laku negatif dan dapat menbentuk tingkah laku yang positif. Emosi yang

welcome!!

Welcome Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Thursday, January 15, 2009

Rancangan Pengajaran PPS215

dari blog dr. azidah

Saturday, January 10, 2009


lihatlah gelagat kanak-kanak...mereka suka meniru perkara yang dilakukan oleh orang lain seperti gambar ini

kanak-kanak berkembang ibarat bunga...



kanak-kanak berkembang ibarat bunga boleh dikatakan sedemikian kerana kanak-kanak dapat berkembang secara semula jadi dengan bimbingan orang disekelilinnya dengan mencantumkan semua kelopak iaitu emosi, kognitif, sosial, jasmani, dan kerohanian. Setiap perkembangan kanak-kanak memerlukan mereka berkembang secara keseluruhan ibarat kelopak-kelopak yang terdapat dalam sesuatu bunga.... jadi tiada salahnya saya mengatakan kanak-kanak berkembang ibarat bunga apabila kita memerhatikan bunga begitu indah dengan kelopak-kelopaknya dan apabila kita memandang kanak-kanak pula mereka yang berkembang mengikut kelopak akan menjadi sempurna di mata kita...

Friday, January 9, 2009